Tujuh Warga ASING Rompak ATM
5 posters
Page 1 of 1
Tujuh Warga ASING Rompak ATM
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
BANGI 19 Jun - Sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian di Wisma Unikeb pada pukul 3.45 pagi itu, semua suspek dipercayai warga asing berpura-pura membuat pemeriksaan kawalan bangunan koperasi UKM itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakarudin Che Mood berkata, selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis, salah seorang suspek bersenjatakan parang menahan seorang pengawal keselamatan dan mengikatnya.
"Suspek menahan dua lagi pengawal keselamatan di tingkat atas bangunan tersebut dan sepasang suami isteri yang bekerja di situ sebelum mengikat dan mengurung mereka di sebuah bilik.
"Beberapa komponen di mesin ATM itu turut dikopak sebelum berjaya membuka empat peti besi wang pada salah satu daripada empat mesin ATM berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Sakarudin, kesemua suspek dipercayai penjenayah profesional berdasarkan modus operandi yang terancang dan teliti di samping menggunakan mesin pemotong berkuasa gas Oxythelane.
"Suspek dipercayai mengambil masa satu hingga dua jam untuk memotong mesin besi ATM itu sebelum berjaya mengeluarkan wang di dalamnya," ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya menghadapi kesukaran mengesan suspek dalam kejadian ini kerana perompak terbabit bertindak menutup kamera litar tertutup (CCTV) mengunakan kertas surat khabar dan pita pelekat.
Dalam pada itu, Sakarudin menolak kemungkinan kejadian ini dilakukan oleh kumpulan yang sama merompak tujuh pekerja bank dan melarikan wang RM7,000 di Taman Midah semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728.
Dipetik daripada Utusan Malaysia

Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
tak sedar dr punya pendatang..kurang ajar btl..dah la menumpang xsen plak...
koala oren- Posts : 192
Join date : 2008-05-26
Location : oren world
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
kalau hantar balik ke negara dorg pon, last2 mai balik..
bAlQis_aIna- Posts : 78
Join date : 2008-06-09
Age : 34
Location : Malaysia
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
nak buat macm mana? miskin sgt lar tu nak merompak. x pun ada agenda lain
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
masyaALLAH....
ana baru je balik dr lawan dbat sek men prgkat kebgsaan kt USIM....
salah satu tjuk die ialah 'kedatangan pekerja asing ke malaysia menyumbang kpd pembangunan negara'....
ana dpt phak kerajaan plak tu!!!
kene la menyokong....
haduh....

budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
menyumbang ke? ade la sket.. tp rsenye byk bg kburukan je..
bAlQis_aIna- Posts : 78
Join date : 2008-06-09
Age : 34
Location : Malaysia
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
yup btul!!
lbih byk buruk drpd baik...
lbih byk buruk drpd baik...
budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
Mentang2lah dapat 'menumpang' di Malaysia ni, ada hati nak tunjuk kuat konon. Belasah sampai separuh mati je kalau dapat tangkap lanun jahanam tu.
mazri- Posts : 11
Join date : 2008-05-25
Age : 36
Location : Di bawah naungan Ilahi
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
skang tgh kecoh pasal lambakan pendatang asng kat sabah..
budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
Tp, x dpt di nafikan ada jugak yg meyumbang perkara kebaikan.. Pendatang asing sanggup buat kerja yg org melayu x nak buat,,,
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
btul...sbg cntoh
buruh binaan,tkg sapu sampah n lain2...
buruh binaan,tkg sapu sampah n lain2...
budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
tak guna punya pendatang haram..dh la dtg secara haram..buat pulak menda2 haram..mmg haram dia masuk syurga nnt..
koala oren- Posts : 192
Join date : 2008-05-26
Location : oren world
Re: Tujuh Warga ASING Rompak ATM
tapi kan..
ade jgk antara dorg yg dtg scra haram tp mmg niat utk mencari rezqi...
dorg xde duit nak buat permit..
ade jgk antara dorg yg dtg scra haram tp mmg niat utk mencari rezqi...
dorg xde duit nak buat permit..
budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Thu Apr 08, 2010 12:27 pm by rAiHaNah
» Update Your Profile
Sun Dec 21, 2008 1:10 pm by Detective
» ::TUKAR BACKGROUND??::
Sun Dec 21, 2008 12:53 pm by Detective
» Salam Ramadan
Sun Dec 21, 2008 12:37 pm by Detective
» Mari masuk..Kita berkongsi tabiat/ hobi masing2 =)
Thu Dec 04, 2008 8:40 am by aizufa
» Saya Ahli Baru
Mon Dec 01, 2008 10:02 pm by HafaazMuslim
» .::.Salam Tautan Kasih Seutuh Ukhuwah.::.
Mon Dec 01, 2008 9:54 pm by HafaazMuslim
» Panggilan Allah hanya tiga kali
Sun Oct 26, 2008 3:37 pm by Detective
» Mari Berpantun.
Wed Sep 24, 2008 5:56 pm by Detective