KOMUNITI TEMAN DAKWAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

+2
faah
hafiz_addnan
6 posters

Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by hafiz_addnan Sat Jun 21, 2008 12:51 am

Peraduan Celcom berunsur judi

KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (M) Bhd., mempunyai unsur- unsur perjudian.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

"Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi.

"Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.

Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.

Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.

Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.

Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.

Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08

Ulasan:

Akhirnya...peraduan Celcom diputuskan sebagai judi. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz menjelaskan lagi bahawa, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

Baguslah tu, kalau dah difatwakan ada unsur judi dan tidak mematuhi hukum syarak, mesti dihentikan segera. Namun, sebagai seorang Muslim yang waras, kita tertanya-tanya, habis tu macam mana dengan kedudukan Genting Highland sebagai pusat judi terbesar di Malaysia? Yang ini sah-sah judi!!! Tak difatwakan haram ke? Tak perlu dihentikan ke? Siapa tak tahu yang kat atas bukit tu berapa ramai orang Islam yang mencuba nasib di sana dan yang pastinya, kebanyakannya orang besar-besar. ‘Orang-orang kecil’ tak mampu nak ke sana, hanya mampu berlaga ayam kat kampung sahaja. Jadi, tempat judi yang berprestij seperti Genting Highland tu biasanya hanya menerima tetamu-tetamu besar dan kaya raya sahaja.

Sudah menjadi sikap dan tabiat institusi agama di Malaysia, siapa berani lawan tokeh? Tokeh dah bagi lesen besar yang pusat judi kat atas bukit tu ‘halal’, siapa berani lawan? Hari ini engkau kata tempat tu haram, maka besok tokeh akan kata, engkau haram makan gaji dengan aku! Sanggup tanggung risiko? Maka dalam hati masing-masing akan berkata, “Periuk nasi lagi penting la..., ini mesti dijaga”.

Dengan adanya golongan pemerintah sekular dan ‘orang agama’ yang mementingkan periuk nasi inilah, menyebabkan wujudnya istilah ‘judi halal’ dan ‘judi haram’ dalam pemerintahan negara. Judi celcom difatwakan haram, manakala judi Genting Highland masih tetap ‘halal hingga kini. Allah swt berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan...” [TMQ al-Ma’idah (5):90]

Apakah kefahaman Jakim tentang ayat ini? Kenapa Jakim berdiam diri dengan perbuatan pemerintah yang ‘menghalalkan’ judi di Genting Highland (dan juga di kasino-kasino di seluruh negara)? Jika Allah menyatakan bahawa orang yang berjudi adalah najis dan merupakan perbuatan syaithan, apakah pula statusnya pemerintah yang membenarkan perbuatan syaithan ini terus hidup subur di negara ini?

hafiz_addnan

Posts : 3
Join date : 2008-06-21

Back to top Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Re: Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by faah Sat Jun 21, 2008 12:59 am

Biasalah Malaysiakan dibawah BN...."PAHANG DARUL KASINO" buku apa ya yang ana baca x ingat lah

faah

Posts : 35
Join date : 2008-05-31
Age : 30
Location : Ardu Allah

http://www.faahislamic.blogspot.com

Back to top Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Re: Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by HafaazMuslim Sat Jun 21, 2008 2:30 pm

Alhamdulillah...Sekurang2nya peraduan tu dibatalkan...
Xlah perlu menanggung byk dosa...
HafaazMuslim
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 104
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Re: Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by bAlQis_aIna Mon Jun 23, 2008 1:09 pm

boleh ek politik dlm ni? huhu.. kilang2 arak pon patut dimusnahkan jgk.. bape byk kilang arak kat malaysia saja? padahal malaysia ni dikira negara kecik je.. tgk dlm peta pon, puas jnguk baru nmpak..huhu..
bAlQis_aIna
bAlQis_aIna

Posts : 78
Join date : 2008-06-09
Age : 34
Location : Malaysia

Back to top Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Re: Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by koala oren Mon Jun 23, 2008 9:17 pm

kita tak payah pakai celcom lg..kita pakai je line baru assalamualaikum( 015 ) hehehee...

koala oren

Posts : 192
Join date : 2008-05-26
Location : oren world

Back to top Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Re: Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by budak_kecik90 Tue Jun 24, 2008 8:31 pm

koala oren wrote:kita tak payah pakai celcom lg..kita pakai je line baru assalamualaikum( 015 ) hehehee...

ha???ade ke??? Question
budak_kecik90
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...

Back to top Go down

Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana? Empty Re: Berita Dalam Negeri: Peraduan Celcom difatwa judi, Genting Highland macamana?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum