KOMUNITI TEMAN DAKWAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

3 posters

Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by HafaazMuslim Sat Jun 28, 2008 10:39 pm

SalamHafaaz
Salam Dakwah buat semua..
Semua artikel2 yg ana akan letak di sini, ana just copy n paste dr blog ana..
Sesiapa yg sudi mnziarahi blog ana, Alhamdulillah, terima kasih ana ucapkan..

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com
Ana letak di sini juga untuk berkongsi dgn semua..
Bagi sesiapa yg sudi sumbangkan artikel2 agama yg lain utk ana paparkan kt blog, bolehlah PM ana o send kt email ana,
Hafaaz.Muslim@gmail.com ..
InsyaAllahHafaaz

Bagi yg ingin memberi komen, bolehlah ke blog ana..InsyaALLAH...
HafaazMuslim
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 104
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by HafaazMuslim Sat Jun 28, 2008 10:55 pm

Salah satu Dakwah Islamiah...
Sebab tu, ana letak di sini..
HafaazMuslim
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 104
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by HafaazMuslim Sat Jun 28, 2008 11:08 pm

SalamHafaaz

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com/2008/02/penemuan-ajaib-ttg-air.html

PENEMUAN AJAIB TTG AIR

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. 47001610
Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. 470016743_1a63d8d4b2_oSalam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. 470016743_1a63d8d4b2_o

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn
keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah
petikan dibawah:

Pada 10/10/02, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah
menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh
hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang
mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan
dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang
diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air
tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak
begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa
yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi
sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama,
sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel
air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air
yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik
melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di
antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap,
dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa
itu adalah sampel air zam-zam".


Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya
"Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana
air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu
mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi
rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat
experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa
bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu
kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk
menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin,
nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan
janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan
Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan
berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca
sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul
air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita
sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air
itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka
masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wassalam.

(Foto: FaridAzhariPhotography)
Posted by
HaFaaZ MusLiM IsLaMi at 6/06/2008 01:01:00 AM

Labels:
artikel agama,
Penemuan Ajaib Ttg Air
HafaazMuslim
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 104
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by HafaazMuslim Sun Jun 29, 2008 9:02 am

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.
Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal
serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12.Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.
Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang
yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah
bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara
lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan
berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15.Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan
manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai
terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul
dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22.Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang
sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta
sedekah.

Posted by
HaFaaZ MusLiM IsLaMi at 1/03/2008 08:44:00 PM
Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Icon18_edit_allbkg
Labels:
22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir,
artikel agama
HafaazMuslim
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 104
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by HafaazMuslim Sun Jun 29, 2008 9:06 am

Apa yang Boleh Dicontohi Dari Presiden Iran

[url=http://bp3.blogger.com/_vlmDVs7hlVw/R6hmCpwHr8I/AAAAAAAAA/6SVwcd37Bf0/s1600-h/normal_pic11849.jpg]

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Normal_pic11849
Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada
Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin
setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau
menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut
dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada
seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah
sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada
negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang
mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila
beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah
masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau
mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah
yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu
beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat
protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya
dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak
kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk
membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta
pejabatnya.

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Pic16202
Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden
adalah pemilik

an hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504
model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada
bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di
Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang
masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai
seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika
sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu.
Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang
Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari
sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber
minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak
mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan
adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk
memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat
kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa
dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya,
sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang
disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut
dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya
adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal
terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat
dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat
awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat
dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan
keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah
menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri
untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau
telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk
menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau
promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam
negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel,
beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa
katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil
sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam
sederhana dan sehelai kain selimut. Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Normal_tak_salam


Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. 13cj8_th

Dalam
salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam
bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya
yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar
tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang
kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan
harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan
akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Artikel ini diambil daripada http://www.inteam.com.my/forum.php (KOMUNITI TEMAN INTEAM)

Posted by
HaFaaZ MusLiM IsLaMi at 2/05/2008 09:23:00 PM


Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Icon18_edit_allbkg
Labels:
[url=http://hafaazmuslimislami.blogspot.com/search/label/Apa%20yang%20Boleh%20Dicontohi%20Dari%20Presiden%20Iran]Apa yang Boleh Dicontohi Dari Presiden Iran,
Artikel Pilihan,
Artikel Renungan
HafaazMuslim
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 104
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by budak_kecik90 Sun Jun 29, 2008 5:15 pm

wah...syukran wani...
ana mmg respek ngn mahmoud ahmadinejad ni...
pemimpin yg btul2 menjiwai islam...
mengamalkan ajaran islam yg sebenar...
sifat zuhudnye...
MASYAALLAH...
susah nak cari zaman skang ni..
budak_kecik90
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by Detective Tue Jul 08, 2008 5:03 pm

Wah, hebat lar kesah air tu..
Detective
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 33
Location : 18500, Machang

https://dakwah.forumotion.com

Back to top Go down

Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama. Empty Re: Salam, ini Artikel2 Islam dr blog ana untuk dikongsi bersama.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum