Rakyat Membilang Butiran Beras, Pemimpin Hadiri Jamuan Negara
3 posters
Page 1 of 1
Rakyat Membilang Butiran Beras, Pemimpin Hadiri Jamuan Negara
ASSALAMUALAIKUM...
NI ANA AMBIL DR HARAKAH ONLINE..
'Rakyat membilang butiran beras, pemimpin hadiri jamuan negara' - Mufti Perlis
Azamin Amin
Wed | Jun 11, 08 | 12:59:37 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - 'Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.
Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini.
"Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya.
"Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun," katanya yang dipetik daripada blognya.
Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak memperolehi yang selayaknya malah pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka.
"Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas," katanya.
Beliau dilihat tidak bersetuju sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi'.
"Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?
"Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.
Dr Asri juga turut membangkit persoalan kewajaran di saat 'genting' ini adakah patut orang-orang besar diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka.
"Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?
"Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat," katanya yang sedar bahawa beliau mengambil risiko menulis hal ini namun baginya tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya.
Maka kata Dr Asri alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.
"Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini," katanya.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini katanya perkara-perkara yang disebutkan itu mestilah dipandang serius malah kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. - mks._

Re: Rakyat Membilang Butiran Beras, Pemimpin Hadiri Jamuan Negara
eeee....ana respek tol la ngn ustaz asri tu...
beliau berani bersuara!!!
beliau berani bersuara!!!
budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
Re: Rakyat Membilang Butiran Beras, Pemimpin Hadiri Jamuan Negara
ALHAMDULILLAH..BETUL TU..TGKLAH KT SURAT KHABAR UTUSAN RASANYA..ANA PUN LUPA..EM..ADA PASAL RUANG AGAMA KOT..BELIAU MMG BERANI BERSUARA..PASAL PEMIMPIN2..ANA SELALU BACA..LEBIH2 LAGI SLEPAS PILIHANRAYA HARI TU..HEHE
Re: Rakyat Membilang Butiran Beras, Pemimpin Hadiri Jamuan Negara
ha'ah kt utusan ruang 'pena mufti'.....
budak_kecik90- Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 33
Location : fi kulli makan...
koala oren- Posts : 192
Join date : 2008-05-26
Location : oren world
Similar topics
» Gaji Menteri vs Seruan 'ubah gaya hidup rakyat'!!
» Negara Malaysia Negara Demokrasi?
» PM Jangan Cabar Rakyat!!
» Rancangan Televisyen Negara Kita..Mengajar Maksiat!
» PM cuba memperbodohkan rakyat dengan cadangan pelik

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu Apr 08, 2010 12:27 pm by rAiHaNah
» Update Your Profile
Sun Dec 21, 2008 1:10 pm by Detective
» ::TUKAR BACKGROUND??::
Sun Dec 21, 2008 12:53 pm by Detective
» Salam Ramadan
Sun Dec 21, 2008 12:37 pm by Detective
» Mari masuk..Kita berkongsi tabiat/ hobi masing2 =)
Thu Dec 04, 2008 8:40 am by aizufa
» Saya Ahli Baru
Mon Dec 01, 2008 10:02 pm by HafaazMuslim
» .::.Salam Tautan Kasih Seutuh Ukhuwah.::.
Mon Dec 01, 2008 9:54 pm by HafaazMuslim
» Panggilan Allah hanya tiga kali
Sun Oct 26, 2008 3:37 pm by Detective
» Mari Berpantun.
Wed Sep 24, 2008 5:56 pm by Detective